Lilypie Maternity tickers

17 December 2011

MUNTAH LAGI

Assalamualaikum...

Mama muntah lagi, makin teruk la sayang...
perut pulak rasa panas sangat...
tak tahu la kenapa...
mama kesian sangat kat baba...
makan minum die tak terurus...

walaupun dia tak pernah merungut...
tapi mama rase bersalah teramat sangat...
mama rasa mama dah abaikan tanggungjawab mama sebagai isteri...

15 December 2011

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari yang paling seronok, nak tau kenapa??sebab mama tak muntah, perut selesa dan rasa semangat nak buat kerja rumah, maklumla dah dekat seminggu tak ambik tau langsung hal rumah..semuanya baba yang buat, kesian baba...

Alhamdulillah mama dapat setelkan semua kerja hari ini, mama basuh semua kain-kain buruk, lipat baju, kemas rumah, kemas dapur dan mama masak!! lantai je mama tak mop sebab tak larat, dah pancit..hehe..takpela yang tu boleh tunggu baba buat..

Baba hari ni sibuk sungguh, pagi-pagi lagi dah keluar..tadi baru je balik pastu terus g solat Jumaat, baba mengadu takde selera nak makan..ah sudah!! jangan baba pulak yang muntah-muntah sudah, mama tak sanggup biar baba alami semua tu sebab baba kerja teruk...kesian baba..harap-harap tak la...

14 December 2011

LETIH

Assalamualaikum...

Baru lepas muntah lagi...
mama tinggal sorang kat rumah...
baba kena kerja, ade kes..
perut lapar sangat-sangat...
tapi fobia nak makan sebab mesti muntah balik....

Ya Allah...
berikanlah daku sedikit kekuatan...

13 December 2011

KEISTIMEWAAN BAYI

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir
  1. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  2. Mereka mempunyai lebih tul
  3. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. 
  4. ang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  5. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  6. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  7. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  8. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  9. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  10. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  11. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  12. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  13. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  14. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  15. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  16. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  17. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

REZEKI

Assalamualaikum....

Sejak dapat tahu je kamu ade dalam rahim mama ni, rezeki makin mencurah-curah Alhamdulillah...mama dapat dua panggilan untuk hadiri temuduga, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi berdekatan sini jugak..tapi memandangkan faktor kesihatan yang tak mengizinkan, baba dan mama terpaksa menolak tawaran tersebut..mungkin bukan rezeki untuk mama lagi kali ni, lagipun baba cakap kesihatan kamu lebih penting...

Mama masih alah teruk lagi, apa yang dimakan semuanya akan keluar balik..bila dah tak makan badan tentunya tak ada tenaga...kesudahannya atas katil je tempat mama, semua kerja baba terpaksa ambik alih...

Tak tahu la sampai bile nak berterusan muntah-muntah ni, tapi mama berdoa sangat semua ni cepat berakhir...mama nak makan, mama nak sihat...semuanya demi kamu sayang...doakan mama cepat baik ye sayang...kesian baba..

12 December 2011

INTRO

Assalamualaikum....

Baru sahaja create this blog, tujuannya adalah untuk mencatat setiap detik indah mama & baba bersama sayang...biar mama ceritakan dahulu bagaimana perasaan kami ketika mengetahui kamu sudah wujud dalam rahim mama...

Sukar untuk mama & baba gambarkan perasaan itu, bercampur baur...teruja, gembira, sedih, risau dan segalanya bermain difikiran kami sayang...sedih dan risau bukan bererti kami tidak suka kehadiranmu, tetapi kami risau tidak mampu menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat kamu...

Tapi perasaan gembira mengatasi itu semua, mama dan baba berjanji untuk menjaga, mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin sayang, sedari kamu berada di dalam lagi..mama dan baba nak semuanya yang terbaik untuk kamu...

06/12/12
Mama mula rasa tak sedap perut, malamnya langsung tak dapat lelapkan mata kerana asyik ulang alik ke toilet untuk muntah...masa ni mama dah rasa mama pregnant, memandangkan period mama pun belum datang gerak hati mama kuat merasakan kamu ada di rahim mama...baba tidur nyenyak, sesakali dia bangun jugak urut belakang & leher mama...

07/12/12
Baba ajak pergi Farmasi untuk beli UPT [urine pregnancy test]...balik jer dari farmasi terus semangat buat and the result was positive Alhamdulillah...


Maka bermula episod baru dalam hidup mama, hari-hari muntah je...tak boleh masuk apa langsung mesti akan keluar balik, sampai lembik mama dibuatnya..tak terdaya nak buat ape langsung...dapur pun dah lama tak berasap, kesian baba asyik makan nasi bungkus je...mama cuma risaukan kamu kat dalam tu, mama tak lalu nak makan mesti kamu pun takde makanan...maafkan mama sayang, kadang-kadang mama paksa jugak minum susu or makan roti...tapi tak sampai 5 minit akan keluar balik...

Semoga Allah memelihara kamu, semoga kamu membersar dengan sihat dan sempurna...mama dan baba hanya mampu berdoa sayang...